Monday, July 26, 2010

Bencana AdobePhotoshop!!!

Apa yang telah terjadi??? bencana apa yang dimaksudkan? hehehe... entri kali ni penulis nak berkongsi beberapa gambar yang agak ketara kasilapan yang dilakukan. Penulis tidak tahu sama ada hasil gambar tersebut telah di ubah atau tulen dan adakah ia di hasilkan oleh golongan professional. Walau apa pun alasan, seorang pereka grafik professional tidak seharusnya membuat kesilapan yang agak ketara seperti gambar di bawah. Saksikan dan fikirkan jika anda mempunyai cita-cita sebagai pereka grafik.




Lain macam je akak ni pegang laptop tu...hehe



Cuba perhati gambar katil dekat cermin dengan katil betul..ada perbezaan?




Apple keluarkan phone yang boleh flip video call. Betul ke??




Jari...ade berapa dengan jari?




Inilah contoh orang panjang tangan..hehe..




Akak ni ada satu kaki je ke??




Cat on fire!!




Kepala orang lain tu...ehehe




Tolong alih tangan awak...tangan yang besar tu ye..hehe




Kedua-duanya adalah sama kecuali....kepala. Mana satu yang tulen?



Kepala saya nampak besar ke??



ps: gambar-adalah diambil dari photoshopdisasters.blogspot



Read more...

Ingin Tengok Rancangan TV Kegemaran Secara Percuma??

Kali ini penulis ingin berkongsi beberapa laman web yang membolehkan korang menonton secara percuma rancangan kegemaran anda, maksud penulis, rancangan tv tau. Hehehe...ye la...penulis faham, mungkin ramai yang dah tahu pasal hal ni.



Tapi apa salahnya kalau penulis nak kongsikan dengan mereka yang tak tau lagi kan... Ini nak cerita sikit la, pengalaman mase kat universiti dulu, maklum la, takde tv jadi penulis ni selalu kebosanan mencari cerita-cerita best yang boleh ditonton. Tanya kawan-kawan dieorang pun tak tau macam mana cara nak menonton di internet, ada yang cakap kene bayar, ada pulak yang cakap susah nak cari web mcm tu. Kalau jumpe dengan orang yang tau pn biasanya diaorang tak nak bagi tau laman web dengan mengatakan itu adalah rahsia (kedekut cakap je la). Jadi entri ni penulis tujukan khas untuk sesiapa yang tak tau mana-mana laman web menonton rancangan tv secara percuma di internet. Selamat menonton dan jangan kedekut ilmu pengetahuan yek!!

http://watch-stargate.com

http://tellmebob.com

http://simpsons-episodes.com/

http://lost-online.com/

http://www.doctorwho-episodes.com/





Sebenarnya laman web di atas saling berkaitan dan mempunyai pautan antara satu dengan yang lain. Korang boleh pilih pelbagai cerita yang korang suka. Kemudian tontonlah dengan gumbira..hahah dan pastikan sambungan internet korang cukup kuat sebelum melayari laman web tersebut.


ps: maaf ye kalau ayat penulis agak kelam kabut. Tak tau kenape boleh jadi macam ni. hehe..



Read more...

Sunday, July 25, 2010

Cara Membuat Logo Google Anda Sendiri

Sedang penulis syok melayari internet mencari sesuatu yang baru, penulis terjumpe satu laman web yang di kirakan menarik. Laman web tersebut memberi peluang kepada kita untuk mereka logo dengan jenis tulisan seakan-akan syarikat dan produk terkenal seperti Google, Coca-cola, Matrix, Yahoo! dan macam-macam lagi. Kita hanya perlu memasukkan nama yang kita inginkan, pilih jenis tulisan yang kita kehendaki, dan akhir sekali, klik pada "Create My Search Engine", dan lihatlah hasilnya. Walaupun kita memilih font yang berlainan, enjin carian yang digunakan masih lagi Google. Anda boleh setkan ia sebagai hompage browser anda. Dengan kata lain, apabila ada sesiapa yang melayari internet dengan laptop atau komputer anda, mereka pasti akan hairan dengan enjin carian yang tertera nama anda. Selamat mencuba!!



Beberapa langkah mudah



Hasilnya =)



ps: Ianya adalah untuk suka-suka demi menceriakan hari-hari anda di kala kebosanan.






Read more...

Saturday, July 24, 2010

Sedikit Tentang Graffiti



Grafiti adalah satu seni yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Para sejarahwan telah menemui seni ini sejak dari zaman Greece tua dan zaman Rom lagi. Namun bagi Grafiti Moden ianya bermula sebagai sebuat cabang seni yang popular di New York, Amerika Syarikat sejak awal 1960-an. Seni ini dikatakan sangat sinonim dengan budaya Rap, Hip-Hop, Break Dance, Djing yang menjadi ikutan remaja pada masa itu. Grafiti menjadi salah satu medium luahan perasaan bagi aktivis politik dan kumpulan seperti Savange Skulls, La Familia dan Savage Nomads bagi menandakan kawasan mereka. Antara pelukis grafiti terkenal adalah seperti Taki 183, Tracy 168, Dondi dan Lady Pink. Mereka menggunakan nama samaran untuk menarik perhatian masyarakat mengenai kewujudan mereka serta ia mudah di ingati.

Elemen asas cabang seni ini adalah seperti spry, kain, ruangan umum seperti dinding bangunan dan jalanan umum. Ini kerana pelukus ingin ideanya di fahami masyarakay di mana-mana saja dan bukan di galeri. Beza antara grafiti dan mural adalah grafiti lebih bersifat remana dengan warna, imej, komposisi, dan susunan yang menarik perhatian.


Di Malaysia seni grafiti mula dikenali apabila sekumpulan remaja dari Batu Pahat, Johor memulakan langkah pertama. Bermula dengan bersahaja, kumpulan ini telah lebih 10 tahun telah berjaya mengangkat seni grafiti ke tahap professional. Nama-nama seperti Tha-B, The Kioue, Jo Ttribe, Sona, DVS, They, Madnuz, A80's, Bone, Damis, Nuke, Nenok, Snoozee, Medea, Bibichun, NBA, Phobia telah bergerak secara Underground mengabdikan segala usaha dan tenaga bagi mengangkat seni ini di Malaysia.
















Read more...